Ingin Pasang Iklan 1110x180
Buy Now
Memaparkan catatan dengan label AkanDatang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AkanDatang. Papar semua catatan

Puteri Buluh Lemang (2020) Telemovie
Saksikan telefilem Aidilfitri 'Puteri Buluh Lemang' lakonan Johan Asari, Atikah Suhaimi, dan Reza Hasbi pada Jumaat, 29 Mei jam 9:30 malam di TV2.

JUDUL : PUTERI BULUH LEMANG
WAKTU SIARAN : Jumaat, 29 Mei 2020, 9:30 malam
SIARAN TV : TV2 (RTM)
PENULIS SKRIP : Liza Mior Rashdi
PENGARAH : Saipul Bahri Othman
PRODUKSI : Elisa Vision Sdn Bhd
PELAKON : Johan Asari, Reza Hasbi, Atikah Suhaimi, Kazar Saisi, Delimawati, Datuk Yusni Hamid, Aishah Sudin

SINOPSIS PUTERI BULUH LEMANG
Arip, seorang penganggur bercita-cita menjadi kaya-raya dengan menjual lemang lalu dia berusaha mencari buluh lemang dan tidak diduga dipertemukan dengan Puteri Buluh Lemang cantik rupawan yang cedera ditetak orang. 



ROH (2020)
Kuman Pictures menerbitkan sebuah filem seram berjudul "Roh". Filem arahan Emir Ezwan ini diinspirasikan daripada filem klasik Jepun berjudul "Onibaba". Filem ROH akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 19 Mac 2020.

TAJUK : ROH - KAMI HANYA BERBISIK
GENRE : Seram, Thriller
TARIKH TAYANGAN : 19 Mac 2020
PENGARAH : Emir Ezwan
PROUKSI : Kuman Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Farah Ahmad, Nam Ron, Mhia Farhana, Harith Haziq, Puteri Qaseh, June Lojong

SINOPSIS ROH
Pada zaman dahulu, di pinggir sebuah hutan, sebuah keluarga daif yang terdiri daripada Mak (Farah Ahmad), Along (Mhia Farhana) dan Angah (Harith Haziq) didatangi seorang budak perempuan yang bukan sebarang budak, Adik (Putri Qaseh).

Adik memberi ramalan bahawa bila bulan mengambang, seluruh isi keluarga akan mati. Seorang dukun yang gelarkan dirinya Tok (June Lojong) menjangka petaka akan tiba. Seorang lelaki misteri Pemburu (Nam Ron) datang untuk mencari anaknya yang hilang, tetapi dia juga ada tujuan lain.

Peristiwa mistik dan seram berlaku bila yang haq dan yang batil bertembung, roh siapakah yang akan terselamat?



Bulan & Pria Terhebat (2020)
Filem 'Bulan dan Pria Terhebat' arahan Ghaz Abu Bakar akan ditayangkan pada 12 Mac 2002. Dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Zizan Razak, Maya Karin, Khir Rahman dan ramai lagi. 

JUDUL : BULAN DAN PRIA TERHEBAT
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 12 Mac 2020
Pengarah : Ghaz Abu Bakar 
Pelakon : Zahirah Macwilson, Zizan Razak, Khir Rahman, Maya Karin, Bell Ngasri, Alif Hadi, Mimi Ernida, Aprena Manrose, Sein Qudsi, Didie Alias
Terbitan : Nizra Entertainment, Astro Shaw, Skop Production

SINOPSIS BULAN DAN PRIA TERHEBAT
Mengisahkan tentang Bulan, pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan. Bulan bertemu Haris, seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.